Ketua Kerani antara Nadi pengerak.

Seorang insan yang bernama En Harith Thani bin Abdullah adalah Ketua Kerani di Pejabat Pentadbiran Polis Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Beliau adalah antara nadi pengerak tugasan di pejabat pentadbiran polis istana negara yang menjalankan tanggongjawab pentadbiran bagi anggota polis yang bertugas di istana negara.

Pengalaman tugas yang penuh di dada , beliau sepanjang 35 tahun telah bertugas membuatkan dirinya begitu mahir dalam membuat tugas hariannya dalam bidang rekod personal. Beliau adalah tempat rujukan  anggota polis yang bertugas di Istana Negara bertanyakan masaalah pentadbiran pejabat di istana Negara.

Walaupun usianya menjangkau setengah abad lebih namun kecerian wajahnya terserlah dengan rambut dan misainya yang masih subur dan berwarna hitam gelap. Kehensoman wajahnya dengan selalu memakai baju kemaja belang-belang menampakkan kesegakkannya semasa bertugas.   Inilah kelebihana yang ada pada diri beliau dan beliau juga mahir dalam ilmu hisab dan ilmu kira-kira.

Kegigihan beliau menjalankan tugas , dengan disiplin dirinya yang tinggi dan berpendirian justru beliau telah merangkul tempat kedua juara disiplin kakitangan awam peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen , Kuala Lumpur bagi tahun 2013. Beliau juga mudah di dekati dan untuk  minta pertolongan darinya.

Keletihan yang terpancar dari wajahnya dapat disimpulkan bahawa beban tanggongjawab yang di amanahkan kepadanya sungguh berat. Mental dan fizikal turut memainkan peranan dalam tugas yang di jalankan meskipun bertugas dalam pejabat sahaja.
Laman-laman sesawang  yang ada cerita berkaitan aktiviti anggota pengaman Istana Negara dalam dunia maya antaranya ialah Facebook dengan nama pengamanistana