Latihan/Pertandingan tembak Kakitangan Istana Negara, Polis dan Awam

Pada 22 disember 2013 telah berlangsung latihan dan pertandingan tembak bagi kakitangan istana negara Polis dan Awan bertempat di lapangan sasar Bde Tengah PGA Cheras. Disertai seramai 70 orang dari berbagai peringkat kakitangan Istana Negara. Acara yang di jalankan adalah tembak bebas perseorangan dan berkumpulan falling plate. Aktiviti ini telah di kendalikan cawangan Amra Istana Negara dan Amra IPK Kuala Lumpur.


Berbagai gaya dan cara telah di tunjukan oleh peserta cara menembak , tetapi yang penting keselamatan di utamakan. Sekali acara di jalankan seramai 7 orang akan mengambil bahagian,


Disamping mengeratkan silaturohim antara staf istana negara, ia juga memberi semangat setia kawan dan dapat menyihatkan badan dan minda bagi menumpukan aktiviti yang dijalankan.



Komitmen dalam aktiviti yang dijalankan akan menghasilkan impak yang positif dalam segala urusan sehingga berjaya mencapai matlamat yang dirancangkan.


Selain laporan di sini , di Facebook juga telah membentangkan laporan dan gambar yang berkaitan iaitu di FB, Pengamanistana.




HARI KELUARGA KUMP. 'A' PENGAMAN ISTANA.


PADA 14 DISEMBER 2014 HINGGA 15 DISEMBER 2014 SELAMA 2 HARI KUMPULAN ‘A’ PENGAWAL KESELAMATAN ISTANA NEGARA TELAH MENGADAKAN SAMBUTAN HARI KELUARGA DI RIANG RIA RESORT/D’ NELAYAN RESORT,  PENGKALAN BALAK, MASJID TANAH,  MELAKA.  AKTIVITI INI MERUPAKAN KALI YANG KE EMPAT  TELAH DI ADAKAN OLEH KUMPULAN ‘A’ YANG KETUAI OLEH KETUA PENYELIA SJN AZIZ DAN PENYELIA-PENYELIA YANG LAIN KPL AZMI, KPL ZAHIR, KPL RAHIM, KPL FAIZAL YANG TELAH MEMBERI KOMITMEN DALAM MENGERATKAN SILATUROHIM ANTARA ANGGOTA KUMPULAN ‘A’.



 AKTIVITI INI MERUPAKAN INISIATIF BAGI SEMANGAT KERJASAMA, MEMBERI DAN MENERIMA, MENGHILANGKAN STRESS KERJA DAN MENGAMBIL PELUANG MENGERATKAN LAGI UKHWAH YANG SEDIA ADA SUPAYA SETIAP TANGGONGJAWAB TUGAS  YANG DI AMANAHKAN DAPAT DI LAKSANAKAN DENGAN TENANG DAN  SEMPURNA.



BERBAGAI GAME TELAH DIJALANKAN DI PANTAI PANGKALAN BALAK YANG MENJADI TUMPUAN MASYARAKAT SEKELILING DAN PELANCONG DARI LUAR KAWASAN. KAWASAN PANTAI  YANG MENGHADAP SELAT MELAKA DENGAN KEADAAN AIR YANG TENANG DAN DAMAI MEMBUATKAN FIKIRAN TENANG DAN TENTERAM.